Tuesday, 12 August 2014
> 10 Ayat Al-Baqarah (Elak Gangguan Jin)
Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud r.a, katanya:
“Sesiapa membaca sepuluh (10) ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang. Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya,”
(Riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu’ab al-Iman).
Ibn Mas’ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa membaca sepuluh (10) ayat: empat (4) daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua (2) ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi,”
(Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).
---
Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca (10) sepuluh ayat;
(a) empat (4) ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
(b) dan Ayatul Kursi dan dua (2) ayat selepasnya (255-257)
(c) dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.
Download eBook PDF format
KLIK DISINI